Ibu pergi tiga hari sebelum raya, tak sempat lihat anak raih 8A SPM

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertukar pilu apabila insan tersayang tidak sempat menyaksikan kejayaan yang diraih.

Seorang pelajar dikenali sebagai Arissa mencatat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM, namun kejayaan itu hadir bersama rasa kehilangan yang mendalam apabila ibunya meninggal dunia tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perkongsian menyentuh hati itu tular di Threads, memaparkan detik Arissa menerima keputusan sambil menitiskan air mata dan dipeluk oleh rakan-rakan serta ahli keluarga.

Menurut hantaran tersebut, ibu Arissa menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser, sekali gus tidak sempat melihat kejayaan anaknya yang begitu membanggakan.

“Ujian mak meninggal tiga hari sebelum rayaâ€Ĥ tidak sempat mak tengok keputusan SPM kakak,” menurut perkongsian berkenaan.

Wajah Arissa yang merah menahan tangisan jelas menggambarkan perasaan bercampur baur antara bangga dan rindu terhadap ibunya yang telah pergi.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan menitipkan doa agar Arissa terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

“Tahniah Arissa, emak kamu pasti bangga dengan keputusan kamu. Jaga diri,” tulis seorang pengguna.

Insiden ini sekali lagi mengingatkan bahawa di sebalik kejayaan, ada kisah pengorbanan dan kehilangan yang tidak semua mampu dilihat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa, MBJB sita tong di tempat parkir
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...