‘Kantoi’ guna AI, Jata Negara nampak pelik dalam poster

KUALA LUMPUR – Sebuah poster dipercayai dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) mencetuskan kecaman netizen selepas jata negara yang dipaparkan dilihat tidak tepat dan berbeza daripada reka bentuk rasmi.

Isu itu timbul menerusi satu hantaran di Threads oleh seorang pengguna yang berkongsi gambar notis berkaitan kawalan bekalan petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Chow Kit.

Poster berkenaan memaparkan jata negara dalam keadaan mencurigakan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai.

“Teruk betul, jata negara pun nak dijana guna AI,” tulis pengguna tersebut.

Perkongsian itu segera tular apabila ramai netizen menyedari terdapat elemen pada jata berkenaan yang tidak selari dengan logo rasmi negara, dipercayai akibat penggunaan AI tanpa semakan lanjut

Seorang pengguna lain mempersoalkan tindakan tersebut dan menegaskan pereka sepatutnya mempunyai akses kepada fail rasmi logo kerajaan.

“Perkara asas seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat penggunaan AI bukanlah isu utama, sebaliknya kecuaian dalam proses semakan dan suntingan menjadi punca kesilapan tersebut.

Insiden ini sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai penggunaan teknologi AI dalam penghasilan bahan rasmi serta kepentingan memastikan ketepatan simbol negara tidak dipandang remeh.

BACA JUGA:  PM Anwar selamat tiba di Moscow, sedia perkukuh hubungan strategik Malaysia-Rusia
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...