Polis jejak lelaki curi pakaian dalam wanita sidai di ampaian

IPOH– Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian sebuah rumah di Kampung Tasek, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata, siasatan kes itu dijalankan susulan satu video yang tular di laman sosial Facebook memaparkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 April lalu dan pihak polis telah melakukan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Kampung Tasek.

“Hasil semakan mendapati seorang lelaki menaiki sebuah motosikal, dengan nombor pendaftaran serta jenis yang tidak jelas, telah mengambil pakaian tersebut kira-kira pukul 12.51 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, usaha giat sedang dijalankan bagi mengesan suspek untuk membantu siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes kini masih dalam siasatan.

BACA JUGA:  Dua wanita Malaysia ‘join’ Running Man, bantu selesaikan misi secara spontan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...