Shila Amzah akur nasihat doktor, tak mahu ambil risiko hamil lagi

SHAH ALAM – Penyanyi Shila Amzah terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata ketiga selepas dinasihatkan doktor agar tidak hamil lagi demi keselamatan kesihatannya.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata, keadaan dirinya sebagai pembawa talasemia menyebabkan dia berdepan risiko tinggi sekiranya kembali mengandung dan melalui proses kelahiran.

Menurut pelantun lagu Masih Aku Cinta itu, pertumpahan darah ketika bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan boleh mengundang komplikasi serius kerana tahap darah dalam badannya yang rendah.

“Kenapa doktor kata tak boleh yang ketiga sebab bila bersalin secara normal atau pembedahan, banyak pertumpahan darah berlaku.

“Jadi, bila orang yang tidak cukup darah macam saya, akan mengakibatkan risiko, sebab itu doktor tak mencadangkan untuk saya ada yang ketiga,” katanya kepada media baru-baru ini.

Shila berkata, masalah kesihatannya mula dikesan ketika hamil anak sulung selepas bacaan hemoglobin menunjukkan tahap yang terlalu rendah.

“Selalunya ibu mengandung akan tengok bacaan hemoglobin dan saya punya boleh turun sampai enam. Doktor pelik macam mana saya masih boleh berjalan.

“Jadi buatlah pemeriksaan darah, rupa-rupanya saya ada talasemia tapi saya seorang pembawa. Maksudnya saya ketahui semasa mengandungkan Seth,” jelasnya.

Walaupun pernah menyimpan impian untuk memiliki keluarga besar, Shila mengakui reda dengan ketentuan tersebut dan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada dua anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira.

“Saya reda, okey sahaja. Dalam ekonomi sekarang, dua sudah cukup.

“Sudah tentu saya pun mengimpikan juga kalau lagi ramai lagi meriah tapi bila doktor cakap macam tu, kita pun terima.

“Mungkin Allah mahukan kami lebih fokus kepada Seth dan Rhea,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shila turut bersyukur kerana suaminya, Ubai, sangat memahami keadaan kesihatannya dan sentiasa menyokong setiap keputusan yang dibuat bersama.

BACA JUGA:  Tun Dr Mahathir akui tak lagi mampu kawal kaki sepenuhnya

“Suami saya sangat okey, dia sejenis santai. Jadi untuk keputusan-keputusan besar seperti ini, sudah tentu kita berdua sentiasa berbincang.

“Apa-apa pun suami saya cakap dengan saya, ‘Ini badan awak, apa-apa yang awak rasa, keselesaan badan awaklah, saya terima sahaja’,” katanya lagi.

Terdahulu, Shila pernah mendedahkan dirinya menghidap talasemia akibat faktor genetik yang diwarisi daripada sebelah bapanya.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos 2023 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, yang kini berusia dua tahun. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulu.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...