Audit dedah bayaran kad kredit UKMShape kepada enam individu tidak layak

KUALA LUMPUR – Bayaran kad kredit korporat UKMShape berjumlah RM107,907 didapati dibuat kepada enam individu tidak layak, dedah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 hari ini.

Audit mendapati individu terbabit tidak mempunyai maklumat lengkap seperti nombor pekerja serta tiada rekod dalam sistem maklumat kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan itu, kad kredit berkenaan digunakan bagi perbelanjaan tiket penerbangan, hotel dan urusan lain ke luar negara sepanjang tahun 2024 tanpa bukti perbelanjaan rasmi.

“Semakan audit juga mendapati penggunaan kad kredit UKMShape tidak mempunyai kelulusan rasmi daripada Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK),” kata laporan itu.

Garis panduan penggunaan kad kredit korporat UKM menetapkan mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang memerlukan kemudahan tersebut perlu mendapatkan kelulusan JKTK terlebih dahulu. Permohonan bertulis berserta justifikasi dan kertas kerja perlu dikemukakan kepada bendahari sebelum dibawa untuk kelulusan.

Laporan itu turut menegaskan kad kredit korporat hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan rasmi yang diluluskan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan peribadi sama ada oleh pemegang kad atau pihak lain. Sebarang penambahan kad atau had kredit juga perlu mendapat kelulusan JKTK.

Dalam maklum balas bertarikh 22 Januari lalu, pihak UKM memaklumkan pengurusan Jabatan Bendahari telah memastikan tiada penurunan kuasa kewangan dan kemudahan kad kredit kini hanya diberikan kepada Pengarah UKMShape yang baharu.

Berhubung bayaran kepada enam individu berkenaan, UKM menjelaskan mereka merupakan kakitangan kontrak yang tidak dilantik mengikut proses yang sah.

“Status terkini mendapati seorang telah berhenti pada 25 Julai 2025, seorang tamat kontrak pada 1 Jun 2025, dua tidak dapat dikesan sejak Oktober 2025 manakala dua lagi tiada maklumat lengkap.

BACA JUGA:  Gara-gara nak duit, anak mengaku hantar ibu uzur minta sedekah di bazar Ramadan

“Isu tersebut antara dapatan yang diberi perhatian dalam LKAN 1/2026 berhubung tadbir urus kewangan agensi awam,” kata universiti itu.

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...