DSV hadiahkan Lamborghini Urus RM2 juta untuk Cik B sempena ‘birthday’

SHAH ALAM – Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Cik B menerima kejutan luar biasa apabila dihadiahkan sebuah Lamborghini Urus bernilai lebih RM2 juta oleh ibunya, Datuk Seri Vida sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Kejutan tersebut diatur ketika siaran langsung konsert keenam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), sekali gus membuatkan Cik B sebak dan tidak percaya menerima kenderaan mewah idamannya.

Pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sama sekali tidak menyangka permintaannya untuk memiliki Lamborghini Urus akan ditunaikan memandangkan ibunya sebelum ini sudah menghadiahkan sebuah Mercedes Brabus G63.

“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya saya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru.

“Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya,” katanya kepada HibGlam selepas konsert berkenaan, semalam.

Menurut Cik B, dia kadangkala berasa tidak layak menerima hadiah mewah tersebut kerana sudah memiliki kereta idaman yang dibelikan ibunya sebelum ini.

“Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya.

Cik B turut mendedahkan bahawa adiknya, Kacak, menjadi individu yang menguruskan pembelian kenderaan berkenaan tanpa pengetahuannya.

“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya.

“Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” ujarnya.

Di sebalik kemewahan yang dimiliki, Cik B berkata, fokus utamanya adalah untuk membalas jasa serta membahagiakan ibunya yang selama ini bekerja keras membesarkan keluarga dan menguruskan perniagaan.

BACA JUGA:  Iqbal pertahan diri, tegur Cik B jangan biadab

“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket dan sediakan apa sahaja yang dia perlukan.

“Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat dan tak perlu lagi fikir soal bisnes,” katanya.

Tambahnya, dia sedar bukan mudah untuk mengambil alih empayar perniagaan ibunya yang mempunyai lebih 200 pekerja.

Terdahulu, Cik B pernah memiliki G Wagon Brabus G63 yang dibeli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-19 bersama nombor plat khas CB111.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...