Selasa | 27/10/2026 | 1:46:55 pm
HomeSukanSelangor tempah tiket 'final', misi pertahan emas futsal semakin dekat

Selangor tempah tiket ‘final’, misi pertahan emas futsal semakin dekat

SHAH ALAM – Selangor terus menghidupkan impian mempertahankan pingat emas futsal Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila menyingkirkan Johor 5-3 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Shah Alam, petang tadi.

Kemenangan itu menyaksikan tuan rumah hanya dipisahkan satu perlawanan daripada mengulangi kejayaan pada edisi 2024, sekali gus berpeluang mempertahankan gelaran di laman sendiri.

Bagaimanapun, laluan Selangor ke final bukan mudah apabila Johor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Abdul Aiman Syahmi pada minit kelima.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|