Permainan runtuh, Gabenor Taif arah taman tema ditutup serta-merta

TAIF, ARAB SAUDI – Gabenor Taif, Putera Saud bin Nahar mengarahkan penutupan serta-merta sebuah taman tema di kota itu selepas insiden menyayat hati membabitkan permainan yang runtuh secara tiba-tiba sehingga mencederakan 23 pengunjung.

Memetik laporan Saudi Gazette, kejadian berlaku di Taman Green Mountain, dekat Jeddah kelmarin apabila permainan dikenali sebagai ‘360 Degrees’ mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi.

Insiden yang dirakam dan dikongsi pengguna media sosial di Instagram memaparkan detik cemas apabila permainan yang dinaiki puluhan pengunjung itu berputar sebelum terbelah kepada dua dan menjunam ke tanah.

Jeritan kegembiraan bertukar menjadi laungan panik dan tangisan ketakutan sebaik struktur permainan runtuh tanpa amaran.

Menurut pihak berkuasa, pengendali permainan dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian berlaku. Sebahagian mangsa yang cedera dirawat di lokasi, manakala selebihnya dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Susulan kejadian, Putera Saud dalam satu kenyataan tegas memaklumkan bahawa satu siasatan menyeluruh telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kegagalan mekanikal permainan berkenaan.

“Taman tema ini akan ditutup serta-merta sehingga siasatan selesai dan semua langkah keselamatan dipastikan berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan ramai terhadap tahap keselamatan taman-taman hiburan di negara itu, khususnya ketika musim cuti dan perayaan yang menyaksikan kehadiran pengunjung dalam jumlah besar.

BACA JUGA:  Lelaki \'raba\' adik kawan sendiri
Anwar Azhari
Anwar Azhari
anwar@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...