\”Saya reda dan halalkan susu yang saya bagi pada dia\”; – Ibu Aisar

Demikian lua han Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, mangsa ketiga nahas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 1, Khamis lalu. (Foto Media MBNS)


SEREMBAN – “Saya maafkan Alang, saya halalkan susu yang saya bagikan pada dia.” 
 
Demikian luahan Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, mangsa ketiga nahas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 1, Khamis lalu.
 
Dalam kejadian itu, Aisar Azim yang sebelum ini dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia pada pukul 7.23 malam semalam di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
 
Menurut Salwa, dia telah bersedia menerima takdir sejak melihat keadaan anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ, kelmarin.
 
“Otak anak memang dah mati, pernafasan hanya dibantu oleh mesin sokongan. Sejak dari pagi kelmarin, saya sudah reda. Malah, semalam kadar degupan jantungnya turun hingga 38. Saya panggil anak-anak yang lain untuk membacakan surah Yassin,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat, awal pagi tadi.
 
Tambahnya, apa yang membuatkan dia lebih reda ialah melihat wajah anaknya yang tenang selepas disahkan meninggal dunia.
 
“Muka Alang bersih, walaupun ada calar. Seperti dia sedang tidur sahaja,” katanya sebak.
 
Sementara itu, keluarga Aisar Azim memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab dalam nahas tersebut.
 
“Kita akan ambil tindakan sebab anak saya sudah terkorban, begitu juga dua lagi rakannya. Memang sudah ada peguam yang menawarkan khidmat secara percuma,” katanya.
 
Jenazah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Ahmad itu selamat dikebumikan sekitar 12.40 tengah malam tadi, dengan dihadiri hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan.
 
Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad, turut hadir dan membacakan talkin bagi mewakili Menteri Besar.
 
Terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku apabila sebuah kereta Honda Jazz dipercayai merempuh motosikal di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, mengakibatkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala Aisar Azim cedera parah sebelum menghembuskan nafas terakhir di HTJ petang semalam. 

BACA JUGA:  PM Anwar kongsi pengalaman bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di China
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...