Saya mahu bola sepak menyerang dan berdaya saing – Cklamovski

Foto Peter Cklamovski 


KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan bahawa pemilihan pemain dalam skuad kebangsaan bergantung kepada keserasian mereka dengan falsafah bola sepak menyerang yang ingin diterapkannya.
Jurulatih berusia 46 tahun itu menekankan kepentingan pemain yang mampu menguasai bola, bermain secara agresif, serta berusaha menjaringkan sebanyak mungkin gol sambil mengekalkan pertahanan yang kukuh sepanjang perlawanan.
\”Saya mahukan pemain Malaysia yang sesuai dengan corak permainan saya. Saya mahu bola sepak menyerang, agresif, dan pasukan mengawal bola dengan baik. Ia selaras dengan matlamat utama untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin sambil memastikan pasukan kekal kuat dari aspek pertahanan.

\”Jika ada yang bertanya mengenai formasi, ia mungkin 3-4-3 atau 4-2-3-1,\” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac ini.
Mengulas mengenai persediaan pasukan, Cklamovski menjelaskan bahawa beliau lebih selesa memberi tumpuan kepada latihan taktikal dan fizikal berbanding mengadakan perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.
Keputusan itu, katanya, membolehkan pemain lebih bersedia menghadapi aksi kompetitif pertama mereka menentang Nepal.
\”Keputusan ini dibuat kerana kami mahu lebih banyak masa latihan bersama. Ini memberi kami kawalan terhadap tempo permainan dan membolehkan pasukan berkembang secara taktikal serta fizikal dengan lebih baik.

\”Saya yakin pendekatan ini akan memberi kelebihan kepada kami menjelang perlawanan pertama nanti.

\”Jika melihat sejarah saya, formasi 4-2-3-1 lebih boleh diharapkan, tetapi kami juga bekerja dengan sistem 3-4-3. Namun bagi saya, formasi bukan perkara utama. Yang penting ialah bagaimana pasukan bermain, bersikap agresif dengan bola, menyerang, serta bertahan dengan baik bagi mengelakkan lawan mendapat peluang,\” katanya.
Skuad Harimau Malaya kini giat menjalani latihan bagi memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik menjelang aksi penting menentang Nepal dalam usaha merebut tempat ke Piala Asia 2027.

BACA JUGA:  "Negara perlukan kepimpinan bertindak, bukan berjanji" - Maimunah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...