Bella Astillah tampil serba putih, hadir ke prosiding rayuan Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Pelakon terkenal, Bella Astillah, tiba di Istana Kehakiman di sini pada pukul 10.30 pagi tadi dengan mengenakan pakaian serba putih bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menghadiri prosiding rayuan hari kedua.
 
Bella yang ditemani seorang pegawai peribadi wanita sempat melambai ke arah petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman.
 
Terdahulu, Syed Saddiq tiba di lokasi sama pada pukul 10.20 pagi dengan mengenakan sut hitam, diiringi oleh dua orang pegawainya. Prosiding rayuan hari kedua dijadualkan bermula pada pukul 10.30 pagi.
 
Semalam, Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berhubung rayuan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
 
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, memaklumkan perkara tersebut ketika prosiding bermula pada pukul 12.15 tengah hari semalam.
 
Mahkamah sebelum ini menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan berlangsung selama dua hari, iaitu semalam dan hari ini.

BACA JUGA:  #InilahKita kembali dengan semangat 'Sehati Bersama' raikan bulan kebangsaan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...