Sabtu | 10/10/2026 | 7:21:52 am
HomeNasionalTiket ETS laris menjelang Aidilfitri, pengguna cadangan henti tren kargo

Tiket ETS laris menjelang Aidilfitri, pengguna cadangan henti tren kargo

KUALA LUMPUR – Permintaan terhadap tiket pengangkutan awam meningkat mendadak menjelang musim perayaan Aidilfitri, dengan tiket Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi antara pilihan utama orang ramai untuk pulang ke kampung halaman.

Dengan harga yang berpatutan serta keselesaan perjalanan yang ditawarkan, tiket ETS laris terjual bagi memenuhi keperluan pengguna. Setakat Ahad, sebanyak 178,148 daripada 261,116 tiket telah habis dijual, meninggalkan hanya 10,958 tiket yang masih tersedia.

Melihat kepada permintaan tinggi, timbul cadangan agar KTMB menambah jumlah perjalanan ETS bagi menampung lebih ramai penumpang. Malah, terdapat juga saranan supaya perjalanan tren kargo dihentikan buat sementara waktu ketika musim perayaan bagi membolehkan lebih banyak tren ETS beroperasi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|