Wow! 5GB percuma pada hari raya pertama, ini cara nak dapatkan…

KUALA LUMPUR – Semua rakyat Malaysia yang merupakan pengguna perkhidmatan telekomunikasi akan menikmati kuota tambahan minimum 5GB pada Hari Raya pertama yang dijangka jatuh pada Isnin depan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Menurutnya, insentif itu terpakai bagi semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia, sama ada yang menggunakan pelan prabayar atau pascabayar.

“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, REDtone dan XOX Com.

“Insentif itu adalah usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kos insentif tersebut tidak ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya ia ditawarkan secara percuma oleh syarikat penyedia telekomunikasi.

“Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing,” tambahnya.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia yang bakal meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan selain memastikan kelancaran komunikasi sepanjang musim perayaan.

BACA JUGA:  Tular individu rebus daging khinzir dalam cerek hotel, Mekyun luah rasa jijik
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...