\”Kami bayar mahal, tapi kena halau sebab…\”, penyanyi ‘sound’ panggung wayang di Putrajaya

PUTRAJAYA – Seorang penyanyi lelaki tempatan meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima ketika mengunjungi sebuah lounge eksklusif di sebuah panggung wayang terkenal di Putrajaya, baru-baru ini.

Menerusi satu aduan yang dihantar kepada pihak pengurusan, penyanyi lelaki berkenaan mendakwa diarahkan keluar daripada kawasan tempat duduk berhampiran meja pool walaupun telah menunjukkan pas lounge premium yang sah.

“Tempat itu memang sebahagian daripada pakej yang kami bayar. Tapi tiba-tiba kami diarahkan untuk beredar, seolah-olah kami salah guna kemudahan,” katanya.

Apa yang lebih memeranjatkan, dua kakitangan yang berbeza memberi alasan bercanggah, satu menyatakan tempat duduk tidak boleh digunakan, manakala seorang lagi memaklumkan kerusi tersebut “hampir rosak” berdasarkan arahan pengurusan.

\"\"

Namun, siasatan penyanyi itu mendapati tiada laporan kerosakan difailkan, tiada arahan rasmi dikeluarkan dan tiada papan tanda amaran diletakkan di lokasi berkenaan.

“Tetamu lounge premium seharusnya bebas menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Tapi kami dilayan seolah-olah kami penceroboh,” ujarnya lagi dalam aduan tersebut, yang turut disertakan bukti bergambar.

Penyanyi lelaki itu turut menggesa pihak panggung wayang berkenaan agar memperbaiki komunikasi dalaman dan memastikan semua kakitangan memahami polisi dengan jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan layanan tidak wajar terhadap pelanggan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak panggung wayang terbabit.

BACA JUGA:  Pengimbas MyKad di pam minyak mudahkan akses Budi95
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...