Thursday, 23 July 2026
spot_img
NasionalPenutupan sementara akses jalan ke KLIA Terminal 2 sempena lawatan Presiden China

Penutupan sementara akses jalan ke KLIA Terminal 2 sempena lawatan Presiden China

SEPANG – Pengguna jalan raya tidak akan dapat mengakses Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang tempoh penutupan jalan sementara esok dan 17 April ini, sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan bahawa balai berlepas, balai ketibaan dan kawasan tempat letak kereta di KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada semua jenis kenderaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Terminal 2 hanya boleh diakses melalui perkhidmatan KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 bagi meneruskan perjalanan mereka,” menurut MAHB.

Penutupan penuh jalan akan dilaksanakan pada dua waktu utama, iaitu esok (15 April) dari jam 6 petang hingga 7 malam, dan pada 17 April dari jam 8.50 pagi hingga 9.50 pagi. Penutupan ini akan melibatkan beberapa laluan utama termasuk Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuh Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5.

MAHB turut menasihatkan semua penumpang untuk merancang perjalanan mereka lebih awal, mengelak waktu penutupan jalan bagi mengelakkan sebarang kelewatan ke lapangan terbang.

Bagi pengguna jalan raya yang tetap perlu memandu, laluan alternatif yang disarankan adalah melalui Lebuhraya ELITE (E6) > keluar di Tol Serenia > Kota Warisan (Bulatan Masjid) > Jalan KLIA 1 > Bulatan Charterfield > Terminal 1 KLIA (balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta).

MAHB memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan serta merancang perjalanan dengan teliti bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh lawatan rasmi berkenaan.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-