Sabtu | 17/10/2026 | 1:21:19 pm
HomeSemasa‘Ilmu tanpa adab’, profesor sebuah universiti awam dikecam komen hina PM

‘Ilmu tanpa adab’, profesor sebuah universiti awam dikecam komen hina PM

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu komen oleh seorang pengguna Facebook yang juga difahamkan seorang pensyarah dengan gelaran Profesor Kehormat dalam bidang kejuruteraan sungai dari sebuah universiti awam didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap perdana menteri susulan kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara baru-baru ini.

Dalam hantaran yang dikongsi semula oleh ramai pengguna, profesor terbabit dipercayai menulis komen yang disifatkan sebagai biadab malah turut mencetuskan kemarahan ramai pihak.

“Bala bila peliwat jadi PM”

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 17 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|