Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR – Jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada pukul 2.30 petang tadi dalam suasana penuh penghormatan dan hiba.

Jenazah Allahyarham ditempatkan bersebelahan makam Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, selepas selesai solat jenazah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Negara sejak awal pagi apabila ratusan rakyat Malaysia hadir termasuk pemimpin-pemimpin negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada negarawan ulung itu.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah diletakkan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari bagi memberi ruang kepada orang ramai menzahirkan penghormatan terakhir.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam mengenang jasa dan sumbangan beliau semasa menerajui kepimpinan negara dari tahun 2003 hingga 2009.

Allahyarham dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang mengutamakan kesederhanaan, ketelusan dan reformasi pentadbiran. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

BACA JUGA:  Tiada keperluan tukar kerajaan hanya kerana isu penjualan arak – Shahaniza
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...