Blood Brothers kutip RM29.9 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR – Filem aksi terbitan tempatan, Blood Brothers: Bara Naga mencuri tumpuan apabila berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan kutipan memberangsangkan sebanyak RM29.9 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan termasuk sesi pratonton awal.

Prestasi mengagumkan ini menjadikan Blood Brothers sebagai filem tempatan paling laris untuk tahun 2025 setakat ini, sekaligus mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan peminat filem.

Filem arahan Syafiq Yusof dan Abilash Chandra ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.

Dipuji ramai pengkritik sebagai karya bertaraf antarabangsa, Blood Brothers mengetengahkan gabungan mantap elemen aksi dan emosi yang menyentuh perasaan, menjadikannya naskhah yang sukar dilupakan.

Penerbit terkenal dan pengasas Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, turut berkongsi keterujaannya atas sambutan luar biasa daripada penonton.

“Alhamdulillah kami dapat sokongan padu ramai. Malah ada yang maklumkan menonton filem ini lebih daripada sekali, selain datang beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Menurut beliau, kekuatan cerita dan lakonan mantap para pelakon menjadi faktor utama kejayaan besar ini, sekali gus membuka lembaran baharu buat industri perfileman tempatan.

Blood Brothers: Bara Naga dijangka akan terus mengukir kejayaan di pawagam seluruh negara dalam minggu-minggu mendatang dengan tayangan masih berlangsung dan sambutan yang terus memberangsangkan

BACA JUGA:  Blood Brothers cipta sejarah, tewaskan Munafik 2 dalam carta filem terlaris
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...