Akaun IG Akim Ahmad \’kena hack\’, peminat tampil luah rasa bimbang

KUALA LUMPUR – Laman Instagram milik penyanyi terkenal, Akim Ahmad dipercayai telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab pada Isnin, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Perkara itu mula disedari para pengikut apabila akaun rasmi penyanyi lagu Rampas itu mula memuat naik beberapa hantaran gambar secara rawak tanpa sebarang kapsyen, sesuatu yang dianggap pelik dan jauh menyimpang daripada kebiasaannya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat mula meluahkan rasa curiga, selain mendesak agar akaun tersebut dipulangkan semula kepada penyanyi berkenaan.

Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk:

“Akaun kena hack tu.”

“Apa ni kena hack ke account boshhh.”

“Kim, IG kena hack kee.”

“Konfem kena hack! WOI PULANGKAN BALIK IG NI DEKAT AKIM!!!”

“Sape plak hack abang ni bang.”

Sementara itu, pihak pengurusan Akim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan mereka turut terkejut dengan insiden berkenaan.

“Kami sendiri terkejut sebenarnya sebab tiba-tiba sahaja jadi macam ni. Akim juga berharap dapat kembali Instagram tersebut kerana terlalu banyak kenangan yang dikongsikan di situ,” ujar wakil pengurusannya.

Setakat ini, usaha sedang giat dijalankan bagi mendapatkan kembali akses ke akaun tersebut, dan pihak Akim juga menasihatkan orang ramai agar tidak berinteraksi dengan sebarang kandungan yang mencurigakan daripada akaun terbabit buat masa ini.

Akim Ahmad merupakan antara penyanyi lelaki popular tanah air dan memiliki jutaan pengikut di Instagram.

BACA JUGA:  Bella Astillah nafi dakwaan bakal berkahwin dalam masa terdekat
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...