Warga emas maut ketika pulang dari surau

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Pengkalan Arang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.35 malam itu, mangsa, Ali Mohamed, 77, yang menunggang motosikal Honda Wave, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu Ford Ranger terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan utama sebelum dirempuh kenderaan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Gong Badak.

\”Mangsa dipercayai baru pulang dari surau sebelum kemalangan berlaku.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,\” katanya dalam satu kenyataan.

ACP Azli turut meminta orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:  Peluang Pang Ron-Su Yin bangkit di Kejohanan Badminton Asia
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...