12 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Sumatera Barat

SUMATERA BARAT – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik dalam kejadian tragis di Padang Panjang, Sumatera Barat, awal pagi Selasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kemalangan tersebut melibatkan bas yang sedang dalam perjalanan dari Bukittinggi ke Padang, dan dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek ketika pemandu cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.

Polis Sumatera Barat dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dengan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.

Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan, dan mangsa-mangsa yang terselamat segera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pusat Kawalan Operasi Pengurusan Bencana (Pusdalops PB) Bandar Padang Panjang memaklumkan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya, terutama di kawasan berbukit dan berselekoh tajam yang sering menjadi lokasi kemalangan di wilayah itu.

BACA JUGA:  92 individu 'kantoi' guna nombor plat palsu, 830 motosikal kena sita
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...