\”Harumanis Maneh Melecaihhh\” menang Anugerah Projek Harapan VISCOM 24

ROMPIN – Projek inovatif bertajuk \”Harumanis Maneh Melecaihhh\” hasil ciptaan pelajar Diploma Teknologi Media Cetak Politeknik Muadzam Shah telah merangkul Anugerah Projek Harapan sempena pameran Visual Communication Show 2024 (VISCOM 24) anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, yang berlangsung semalam.

Projek berinspirasi tempatan ini dibangunkan oleh empat pelajar kreatif iaitu Mohamad Nazirul Nafis Mohd Khairi, Muhammad Nurfikri Zainudin, Muhammad Shahmie Ameer Shahdan, di bawah bimbingan penyelia mereka, Ts. Norizzati Abdul Latif.

Apa yang membezakan projek ini ialah pembungkusan inovatif yang mereka hasilkan untuk buah mangga harumanis. Bungkusan tersebut menggunakan teknologi Modified Atmosphere Packaging (MAP) dengan jenama ethelynn, yang membantu mengekalkan kesegaran buah lebih lama.

\"fotomyberita
Luar pembungkusan Harummanis – Foto Danial Firdaus

Lebih menarik, reka bentuknya turut menampilkan “window” atau tingkap lut sinar yang membolehkan pengguna melihat buah mangga di dalam bungkusan tanpa perlu membukanya.

Penyampaian projek yang kreatif dan penerapan teknologi pembungkusan pintar telah berjaya memikat hati juri, sekaligus menjadikan Harumanis Maneh Melecaihhh antara projek yang mencuri tumpuan sepanjang pameran berlangsung.

\"fotomyberita
Ahli kumpulan bersama penyelia – Foto MYBERITA

VISCOM 24 merupakan platform tahunan yang menghimpunkan hasil kerja pelajar dalam pelbagai bidang reka bentuk dan komunikasi visual, serta memberi peluang kepada mereka mempamerkan kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal dalam projek akhir masing-masing.

BACA JUGA:  700 pelajar politeknik sertai latihan ketenteraan intensif
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...