Tarikh tutup fasa kedua \’UPU Online\’ dilanjutkan hingga 19 Mei – Zambry

MANJUNG – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan bahawa tarikh tutup fasa kedua permohonan UPU Online akan dilanjutkan sehingga 19 Mei 2025, jam 8.00 pagi, bagi memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar membuat keputusan terbaik mengenai halatuju pengajian mereka.

Pengumuman itu dibuat oleh beliau menerusi satu rakaman video sempena Majlis Penutupan Jelajah Jom Masuk U 2025 yang berlangsung di Manjung, Perak pada Sabtu.

“Saya juga mengambil peluang ini untuk memaklumkan bahawa tarikh tutup fasa kedua UPU Online akan dilanjutkan sehingga 19 Mei 2025, jam 08.00 pagi, bagi memberi lebih masa kepada pelajar membuat pilihan terbaik,” katanya.

Zambry turut menyeru para pelajar agar tidak menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran, sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan program dan institusi pengajian tinggi.

“Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk melanjutkan pengajian,” tegasnya.

Menyentuh mengenai sambutan siri jelajah tahun ini, Zambry menyatakan rasa bangga dan terharu dengan sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh pelajar serta ibu bapa yang hadir dengan penuh semangat dan harapan.

“Selepas 9 siri jelajah Jom Masuk U, kita menerima lebih 1 juta pengunjung secara fizikal dan atas talian. Terima kasih kepada semua yang hadir dan turut serta,” ujar beliau lagi.

Zambry menasihatkan pelajar agar menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan memilih kursus pengajian yang sesuai dengan minat dan kebolehan masing-masing.

Beliau mengakhiri ucapan dengan memetik kata-kata pemimpin kemanusiaan terkenal, Nelson Mandela, pendidikan adalah senjata yang paling kuat yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia.

Majlis berkenaan turut dihadiri wakil institusi pengajian tinggi, pelajar dan ibu bapa yang tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke IPT.

BACA JUGA:  Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...