Ahad | 11/10/2026 | 8:10:48 am
HomeSemasaJalan tutup secara berperingkat mulai esok sempena raptai ASEAN ke-46

Jalan tutup secara berperingkat mulai esok sempena raptai ASEAN ke-46

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula esok bagi memberi laluan kepada sesi raptai atau dry run sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook hari ini, KDN menjelaskan bahawa sesi raptai kawalan trafik itu akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 21 dan 22 Mei, melibatkan kawalan serta simulasi keselamatan seperti yang dijadualkan pada hari sebenar persidangan.

“Dry run ini meliputi pergerakan motoked, kawalan laluan dan lokasi persidangan serta simulasi kawalan keselamatan di beberapa lokasi utama termasuk hotel-hotel penginapan delegasi, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dan Istana Negara,” kata kenyataan itu.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|