Mayat kanak-kanak lemas ditemui hanyut sejauh enam kilometer

AMPANG – Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berhampiran Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Cheras Baru petang semalam, ditemui maut pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 11.20 pagi di Sungai Kerayong, Taman Cheras Indah, iaitu kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

“Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia dan mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Ampang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang kira-kira pukul 4.23 petang semalam, ketika hujan lebat menyebabkan aliran air deras. Difahamkan, mangsa ketika itu bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang lebih tua itu sempat berpaut pada paip dalam longkang dan diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Disebabkan cuaca buruk dan keadaan tidak selamat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan malam tadi dan disambung semula pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan bahawa seramai 15 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras serta BBP Jalan Tun Razak terlibat dalam operasi SAR.

BACA JUGA:  Projek AURATRACK dinobat pemenang Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan ASIC 2025
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...