KTMB umum gangguan sementara KTM komuter Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang akan mengalami perubahan jadual sementara bermula 24 hingga 26 Mei ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf sistem semboyan.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan laluan dari Stesen Kepong ke Stesen Salak Selatan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan kecekapan sistem serta keselamatan operasi tren.

“Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang dan Tanjung Malim–KL Sentral–Tanjung Malim serta tren elektrik (ETS) dijangka mengalami kelewatan sehingga 50 minit daripada jadual asal,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, KTMB turut memaklumkan bahawa dua perkhidmatan ETS, iaitu EG9425 (Padang Besar–Segamat) dan EG9321 (Butterworth–Segamat), akan mengalami perubahan platform di Stesen KL Sentral dan Stesen Kuala Lumpur pada 24 Mei.

“Pegawai bertugas akan ditempatkan di stesen bagi membantu dan mengiringi penumpang ke platform yang ditetapkan,” tambah kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, KTMB menasihatkan semua penumpang agar merancang perjalanan lebih awal serta menyemak jadual perjalanan menerusi aplikasi KTMB Mobile di MyRailtime.

“Para penumpang juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan sebarang pengumuman di stesen dan hebahan melalui saluran rasmi media sosial KTMB.

“Khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dihantar kepada penumpang ETS yang terjejas sebagai notifikasi awal mengenai kelewatan yang mungkin berlaku,” jelas pihak KTMB lagi.

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para penumpang dan menghargai kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

BACA JUGA:  Jalan tutup secara berperingkat mulai esok sempena raptai ASEAN ke-46
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...