Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri digodam, orang ramai diingatkan berwaspada

PUTRAJAYA – Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri yang mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai Datuk Seri Saifuddin Nasution, terutamanya jika ada perkara yang membabitkan kewangan atau janji temu untuk berjumpa,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri turut meluahkan kekesalan terhadap insiden tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan.

“Kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan membuat semakan lanjut sekiranya menerima sebarang mesej mencurigakan yang menggunakan nama atau gambar Menteri Dalam Negeri.

BACA JUGA:  Rafizi nafi kaitkan Ismail Sabri, KJ dalam kes serangan anaknya
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...