ASEAN All-Stars kejutkan Manchester United di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Skuad ASEAN All-Stars menafikan impian Manchester United untuk mencatat kemenangan di bumi Malaysia apabila mencipta kejutan dengan menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu 1-0 dalam aksi Piala Cabaran yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim nyata tidak senang duduk apabila menyaksikan barisan pemain The Red Devils gagal menampilkan aksi bertenaga sepanjang 90 minit perlawanan.

\"\"

Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 70,000 penyokong setia, skuad kendalian Kim Sang-sik mempamerkan penguasaan sejak awal permainan, malah beberapa kali menguji ketangkasan benteng pertahanan United.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-21 menerusi Sandro Reyes, namun rembatan derasnya berjaya ditepis keluar penjaga gol United, Andre Onana.

\"\"

United yang tertekan dengan asakan bertali arus dari tuan rumah, cuba memperkemas corak permainan. Namun, percubaan Kobbie Mainoo pada minit ke-33 turut dinafikan penjaga gol ASEAN All-Stars, Patiwat Khammai.

Bersambung babak kedua, Amorim melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan pemain utama seperti Alejandro Garnacho, Amad Diallo serta kapten, Bruno Fernandes dalam usaha memburu jaringan pendahuluan.

\"\"

Fernandes hampir meledak gol pada minit ke-56 namun percubaannya sedikit tersasar dari gawang lawan.

Namun, kegembiraan akhirnya memihak kepada barisan bintang pilihan Asia Tenggara apabila satu serangan balas pantas pada minit ke-71 disudahkan dengan tenang oleh pemain kebangsaan Myanmar, Mg Mg Lwin untuk menjadikan kedudukan 1-0.

\"\"

United cuba bangkit menyamakan kedudukan, namun disiplin tinggi barisan pertahanan ASEAN All-Stars memastikan keputusan kekal sehingga wisel penamat – sekali gus mengecewakan kem penyokong pelawat yang mengharapkan kemenangan dalam siri jelajah pramusim itu.

BACA JUGA:  Ibu Zayn Rayyan sugul, mata bengkak ketika keluar mahkamah
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...