Menara Ilham milik Daim disita SPRM buat kali kedua

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menyita Menara Ilham, bangunan 60 tingkat di ibu negara, susulan siasatan berkaitan pengubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sitaan dilakukan mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA) selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 4 Jun.

Menurut kenyataan itu, penyitaan dilakukan selepas timbalan pendakwa raya berpuas hati dengan maklumat diperoleh bahawa bangunan tersebut berkait dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA.

\”Sehubungan itu, segala urusan pindah milik harta tidak alih Menara Ilham kini dilarang dan kegagalan mematuhi notis ini adalah satu kesalahan,\” jelas kenyataan itu.

Ini merupakan kali kedua Menara Ilham disita oleh SPRM.

Pada Disember 2023, tindakan sama diambil untuk mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

Bulan lalu, SPRM turut membuka lapan kertas siasatan baharu berkaitan aset bernilai tinggi yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya.

Awal minggu ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan aset isteri Daim, Naimah Khalid, bernilai £132 juta (RM758.2 juta), termasuk hartanah dan akaun bank.

Naimah dijangka mencabar perintah tersebut atas alasan aset diperoleh secara sah.

BACA JUGA:  [VIDEO] Imbas QR je lesap hampir RM10,000, janji 'cashback' & tiket VIP, akhirnya tanggung hutang ribuan ringgit
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...