Pahang isytihar vape haram

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang mengambil keputusan tegas untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh di negeri ini, selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) hari ini.

Menurutnya, fatwa berkenaan telah disampaikan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri pada 3 Mac lalu dan seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Mei 2025.

“Fatwa ini turut mendapat limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang sebelum ini beberapa kali bertitah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan buruk penggunaan vape,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Tambah beliau, larangan ini adalah langkah serius kerajaan negeri bagi melindungi kesihatan rakyat dan membendung budaya penggunaan vape, terutamanya dalam kalangan remaja.

Datuk Seri Syed Ibrahim turut menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan penguatkuasaan dengan pendekatan berhemah dan berhikmah, agar masyarakat dapat menerima keputusan ini secara positif serta memahami bahaya penggunaan vape dari sudut kesihatan dan agama.

Kerajaan Negeri Pahang dijangka akan menggubal peraturan dan perundangan berkaitan pengharaman ini dalam masa terdekat bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar di seluruh negeri.

BACA JUGA:  Agong lawat pusat automotif terkemuka Rusia, pandu uji model Aurus Senat
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...