Anwar tegas kekalkan harga RON95

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak RON95 walaupun berlaku peningkatan mendadak harga minyak global susulan ketegangan antara Iran dan Israel ketika ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesan langsung yang mungkin ditanggung oleh rakyat dan ekonomi negara sekiranya harga bahan api dinaikkan.

“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak.

\”Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan yang diadakan di Medini, di sini hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan bahawa harga minyak mentah berpotensi melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran bertindak menutup Selat Hormuz, sebagaimana dilaporkan oleh Sputnik dan RIA Novosti yang memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet.

Langkah kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat serta kesungguhan untuk mengekalkan kestabilan harga dalam pasaran domestik meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

BACA JUGA:  Penjawat awam diminta pertahan konsep Kota Madani
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...