Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
NasionalAnwar Ibrahim zahirkan doa Malaysia untuk Asia Barat

Anwar Ibrahim zahirkan doa Malaysia untuk Asia Barat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan solidariti Malaysia kepada semua pihak yang terkesan susulan konflik terkini di Asia Barat.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan, serta berharap agar keamanan, keadilan dan kestabilan dapat segera dipulihkan di Asia Barat.

Semalam, media melaporkan ketegangan tercetus selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, mengakibatkan hampir semua ruang udara di beberapa negara Asia Barat ditutup.

Sementara itu, stesen televisyen pemerintah Iran mengesahkan kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran yang dilaporkan berlaku ke atas kediaman beliau. – MYBERITA

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-