JPJ wajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk bas ekspres, bas persiaran mulai 1 Julai

0
215

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran di seluruh negara bermula 1 Julai ini, dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan peraturan itu akan membabitkan semua bas yang dibina mulai 1 Januari 2020, yang telah diwartakan untuk dilengkapi dengan tali pinggang keledar pada tempat duduk penumpang.

\”Bagi bas yang dibina sebelum tahun 2020, kita sedang menjalankan sesi libat urus dengan pihak industri untuk memberikan tempoh yang sesuai kepada pengendali membuat pemasangan tali pinggang keledar,\” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Setia Khas JPJ Malaysia, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here