Mohd Shuhaily sahkan pertukaran ke AKPS mulai Isnin

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan beliau akan memulakan tugas baharu di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bermula Isnin ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Mohd Shuhaily ketika dihubungi pemberita hari ini, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai portfolio baharu yang bakal digalasnya.

“Ya, saya terima arahan pertukaran. Tunggu Majlis Serah Terima Tugas (mungkin) esok (Isnin),” katanya ringkas.

Terdahulu, maklumat mengenai pertukaran portfolio beliau tular di media sosial.

Untuk rekod, Mohd Shuhaily mula menjawat jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023 dan dijangka dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS sehingga 30 Jun 2027, menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara pada Februari lalu.

Pertukaran ini berlaku selepas pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu pada 20 Jun lalu bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain.

Majlis Serah Terima Tugas KPN berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur dan disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Khalid yang berusia 60 tahun memiliki pengalaman luas dalam Cawangan Khas PDRM termasuk pernah mengetuai Cawangan Khas Pahang dan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman sejak September 2021.

Pelantikan beliau sebagai KPN mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Fasal (4) dan (5) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

BACA JUGA:  Lebih ramai dalam 'radar', perangi rasuah tanpa kompromi
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...