\’Influencer\’ kongsi detik hitam dalam pesawat Batik Air, ibarat diberi peluang kedua hidup

KUALA LUMPUR – \”Saya tak sangka Allah nak pilih saya.\” Itulah luahan penuh emosi seorang wanita warga Malaysia yang masih trauma selepas pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Soetta), Indonesia pada Sabtu lalu.

Pempengaruh tersebut, yang dikenali sebagai @Keynaaa_azami menerusi akaun TikTok miliknya, berkongsi detik cemas itu yang berlaku semasa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta atas urusan kerja.

“Dari atas memang dah takut. Allah masih bagi saya peluang untuk hidup, mungkin untuk saya perbaiki diri saya lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan yang mendapat perhatian netizen.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau menaiki pesawat Batik Air jenis Boeing 737, dan insiden berlaku ketika juruterbang mengumumkan pesawat bakal mendarat.

“Kita bersedia untuk ketibaan,” katanya mengimbas kembali kata-kata juruterbang sebelum pesawat tiba-tiba bergegar hebat akibat pergolakan udara.

“Pada masa itu lah pergolakan udara yang buruk berlaku sehinggakan kami para penumpang berpegangan tangan. Saya fikir saya akan mati. Saya trauma, sebab fikir anak saya yang masih kecil,” tambahnya dalam nada sebak.

Terdahulu, laporan media memetik bahawa pesawat tersebut mendarat dalam keadaan tidak stabil disebabkan cuaca buruk, dengan sayap dan enjin kanan pesawat hampir menyentuh landasan. Namun, pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, cuaca ekstrem pada hari kejadian turut memaksa beberapa penerbangan lain berlegar di ruang udara sebelum mendapat kebenaran untuk mendarat.

Insiden ini sekali lagi mengingatkan semua pihak tentang betapa pentingnya aspek keselamatan dan persiapan mental ketika menggunakan pengangkutan udara, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

BACA JUGA:  Tawaran temuduga pukul 1 pagi, pelajar luah kecewa terlepas peluang KPTM
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...