Ahli perniagaan mati ditembak, perbalahan kongsi gelap jadi punca

MERU – Perbalahan antara kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca utama kejadian tembakan yang meragut nyawa seorang ahli perniagaan berusia 46 tahun di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru pada 20 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan salah seorang ahli kongsi gelap dan menjadi sasaran dalam kejadian berkenaan.

“Kes ini bukan tembakan rambang. Ia memang disasarkan kepada mangsa yang juga ahli kumpulan kongsi gelap,” katanya ketika ditemui hari ini.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua suspek lelaki berusia 25 dan 40 tahun yang bekerja sendiri dan disyaki turut terlibat dalam kumpulan kongsi gelap sama.

“Motif utama pembunuhan masih dalam siasatan, sama ada berkaitan perebutan kawasan atau aktiviti dadah. Kita tidak menolak kemungkinan,” katanya lagi.

Hussein turut menafikan spekulasi bahawa mangsa ditembak oleh penembak tepat atau ‘sharpshooter’, sebaliknya menjelaskan bahawa tembakan dilepaskan dari jarak dekat.

“Kita percaya suspek bukan penembak profesional. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek diupah atau merupakan ahli kumpulan kongsi gelap itu sendiri,” jelasnya.

Polis kini giat melakukan siasatan menyeluruh terhadap seluruh rangkaian kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kes ini bagi membendung jenayah terancang di negeri ini.

Terdahulu, laporan menyebut bahawa polis menerima panggilan mengenai kejadian tembakan pada 20 Jun lalu sekitar jam 3.37 petang, dan sepasukan pegawai menemui mayat mangsa dalam kedudukan mengiring di tempat duduk pemandu sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

BACA JUGA:  Ejen Ali 2 pecah rekod kutip RM55.1 juta, atasi filem hollywood, asia
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...