Kilang kitar semula di Bangi terbakar, musnah 70 peratus

KAJANG – Sebuah kilang kitar semula musnah hampir 70 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi ini di Jalan Bangi Batu 1, Semenyih Teknologi Park.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Menurutnya, seramai 37 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Kajang, Pandan Indah dan Mantin telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 13 minit untuk tiba di lokasi. Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan kerja-kerja pemadaman terus dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan setakat ini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang dialami.

BACA JUGA:  Lelaki lari atas bumbung, acu pisau sebelum ditahan polis
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...