Charlie Kirk maut ditembak ketika acara di Utah, Trump zahir takziah

KONGSI

WASHINGTON – Aktivis politik konservatif Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah, menurut pengumuman bekas Presiden AS, Donald Trump pada Rabu.

Kirk, berusia 30-an, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama organisasi belia konservatif Turning Point USA.

“Seorang tokoh hebat, malah legenda, Charlie Kirk, telah tiada. Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat dengan hati generasi muda di Amerika Syarikat selain Charlie. Beliau disayangi dan dikagumi semua orang, termasuk saya.

ARTIKEL BERKAITAN