Lelaki bunuh rakan kerana bilik sepah

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dalam satu insiden pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada isu bilik bersepah, minggu lalu.

Tertuduh, Faisal Abdul Aziz, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Redza Azhar Reza, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Faisal didakwa membunuh Muhammad Fakhrullah Pauzihal Ali, 33, di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh, kira-kira jam 11.26 malam pada 25 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliaanisa Khairus Masnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan patologi.

Sebelum ini, media melaporkan pergaduhan antara dua rakan serumah dipercayai berpunca daripada bilik yang bersepah, mengakibatkan seorang daripada mereka maut akibat ditikam di bahagian dada kiri.

Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu oleh sepasukan polis yang tiba selepas menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS 999.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit berasal dari Kelantan dan mula menyewa bersama di lokasi kejadian sejak enam bulan lalu. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

BACA JUGA:  Mengidam ayam gepuk bertukar tragedi, isteri dicekik, diacu pisau
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...