Rumah Aliff Syukri diceroboh, barangan dijual dan wanita dakwa tunangnya tunggu 14 tahun untuk berkahwin

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri di Sungai Buloh dipercayai diceroboh seorang individu yang bukan sahaja mendiami rumah itu secara haram, malah bertindak menjual barangan di dalamnya serta mendakwa Aliff sebagai tunangnya.

Pendedahan mengejutkan itu dikongsikan isteri Aliff, Datin Seri Shahida, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya hari ini.

Menurut Shahida, rumah tersebut merupakan rumah kampung yang pernah dijadikan rumah singgah suatu ketika dahulu, namun telah lama tidak dikunjungi dan hanya dipantau oleh pekerja.

“Kebetulan ada jiran beritahu rumah saya dah ada orang duduk. Habis semua barang-barang dijual termasuklah kabel dan pendingin hawa. Daripada penuh sampai jadi kosong,” tulis Shahida.

Lebih mengejutkan, penceroboh yang dipercayai seorang wanita warga asing turut menggantung gambar Aliff Syukri di bucu katil dan mengaku kononnya beliau adalah tunang usahawan itu.

“Katanya, dia dah tunggu 14 tahun nak kahwin dengan Aliff. Diam-diam curang ya Aliff Syukri,” ujar Shahida secara berseloroh.

Shahida turut memaklumkan bahawa ketika beliau dan suami datang membuat pemeriksaan, wanita itu berada di dalam rumah manakala individu lain dipercayai telah melarikan diri. Kes tersebut kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, Aliff Syukri sebelum ini turut mendedahkan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan penyalahgunaan bahan terlarang yang dipercayai berlaku di rumah tersebut, susulan penemuan seorang wanita yang dikatakan terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

BACA JUGA:  MCMC panggil TikTok beri penjelasan isu \'PK Battle\', Fahmi tegas lindungi remaja bawah umur
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...