MRT laluan Kajang alami gangguan, penumpang lewat pergi kerja lebih 40 minit

KUALA LUMPUR – Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang berdepan kelewatan lebih 40 minit pagi ini susulan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan salah sebuah tren.

Insiden tersebut menyebabkan ribuan penumpang terjejas, termasuk seorang pengguna, Affan Zahari yang meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum dapat memulakan perjalanan dari Stesen MRT Kajang.

“Selalunya sampai MRT Kajang, 35 minit kemudian sampai ke stesen destinasi. Pagi ini sampai ke MRT Kajang, 30 minit kemudian tren baru nak bergerak. Bertabahlah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan berlaku sekitar pukul 7.40 pagi disebabkan oleh sebuah tren yang mengalami tekanan angin rendah ketika berada di Stesen Taman Mutiara.

“Keadaan tersebut menyebabkan tren terhenti dan tidak dapat meneruskan perjalanan seperti biasa. Bagi menjamin keselamatan serta kelancaran perjalanan penumpang, pihak Rapid Rail segera mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas alternatif bagi menampung pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Tren yang mengalami masalah berjaya digerakkan semula pada pukul 8.25 pagi dan perkhidmatan Laluan MRT Kajang kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 8.32 pagi selepas kerja-kerja baik pulih selesai dilaksanakan.

“Penjadualan dan kekerapan tren diselaraskan secara berperingkat bagi memastikan perkhidmatan kembali stabil,” jelas Rapid Rail.

Pihak syarikat turut memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan yang dialami dan menegaskan komitmen mereka untuk meningkatkan kecekapan sistem demi keselesaan pengguna.

BACA JUGA:  Laluan MRT Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa – Rapid KL
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...