Selasa | 13/10/2026 | 11:37:52 am
HomeDuniaBatu terbang kena cermin ketika membaca buku, wanita dihujani serpihan kaca

Batu terbang kena cermin ketika membaca buku, wanita dihujani serpihan kaca

JAKARTA – Seorang penumpang wanita perkhidmatan Kereta Api Indonesia (KAI) berdepan detik cemas apabila cermin tingkap kereta api pecah akibat dilempar batu oleh sekumpulan individu tidak bertanggungjawab, dalam kejadian yang berlaku malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Widya Anggraini sedang duduk di kerusi bernombor 4C dan 4D dalam Koc 2 ketika insiden berlaku pada jam 10.45 malam (waktu tempatan), semasa perjalanan dari Jogjakarta ke Surabaya, lapor portal berita Lambe Turah.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan Widya sedang membaca buku sebelum tiba-tiba cermin di sebelahnya pecah selepas terkena batu yang dilempar dari luar, menyebabkan serpihan kaca mengenai wajahnya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|