Remaja lemas selepas kail pancing tersangkut, mayat ditemui kurang 24 jam

KUANTAN – Mayat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan lemas di Sungai Kuantan berhampiran Jalan IM 15/7 di sini semalam, akhirnya berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kurang 24 jam selepas kejadian.

Mangsa, Mohamad Isyraf Danish Razmi, ditemui terapung di tengah sungai dalam keadaan sempurna, hanya memakai seluar sukan tanpa baju.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan waktu sebenar dan lokasi tepat penemuan mayat berkenaan.

Difahamkan, mayat remaja itu diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, mangsa dilaporkan keluar memancing bersama dua rakannya di kawasan sungai tersebut.

Ketika cuba melepaskan kail pancing yang tersangkut, mangsa dipercayai tergelincir dan tenggelam sebelum hilang dibawa arus deras.

Pasukan SAR digerakkan sejurus laporan kehilangan dibuat, dan usaha mencari akhirnya berjaya membawa kepada penemuan mangsa pagi ini.

Insiden menyayat hati ini sekali lagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai, terutamanya ketika musim cuaca tidak menentu.

BACA JUGA:  Dua beradik maut disyaki langgar lampu merah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...