Putri Qisya jadi anak angkat MARA, sedia bimbing hingga universiti – TPM

ALOR SETAR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjadikan Putri Qisya Nur Izzat, 12, sebagai anak angkat sehingga ke peringkat universiti bagi memastikan masa depan pendidikan anak sulung kepada pasangan yang lemas di Sungai Korok, baru-baru ini, terus terjamin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya amat prihatin dengan nasib menimpa kanak-kanak itu yang kehilangan kedua ibu bapa dan adik-beradiknya dalam tragedi menyayat hati berkenaan.

“Saya telah menasihatkan adik ini supaya terus tabah dan kuat menghadapi ujian hidup yang sangat berat ini. Saya juga minta dia menjadi anak yang solehah kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab.

“Saya galakkan dia sentiasa membaca surah al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah ibu bapa dan adik-beradiknya. Dalam masa sama, saya turut menyarankan supaya dia belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya,” katanya selepas menziarahi Putri Qisya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, MARA menerusi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bersedia menerima Putri Qisya sebagai pelajar mulai tahun depan, dengan persetujuan keluarga terutama neneknya.

Tambah beliau, kerajaan komited memastikan kebajikan Putri Qisya sentiasa terbela dan akan terus menyalurkan bantuan sewajarnya dari semasa ke semasa.

“Kita mahu pastikan anak yatim piatu ini diberi perhatian sewajarnya agar masa depannya lebih terjamin dan tidak terpinggir,” katanya lagi.

Tragedi lemas di Sungai Korok pada minggu lalu telah meragut nyawa lima sekeluarga, termasuk ibu bapa serta tiga adik-beradik Putri Qisya, sekali gus mengundang simpati masyarakat seluruh negara.

BACA JUGA:  8.8 juta penerima STR terima bayaran fasa 4 bermula hari ini
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...