\”Jangan pernah give up\”, Farah Ain kongsi rahsia kejayaan lepas 11 tahun berjuang

SHAH ALAM – “Saya sangat gembira dan bersyukur, alhamdulillah,” demikian luahan atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah, 24, selepas mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama dari sukan boling padang yang dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.

Farah menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada sukan boling padang yang semakin mendapat perhatian di peringkat nasional.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah sukan boling padang, dan saya rasa sangat bangga kerana menjadi antara pelopor wanita yang menerima pengiktirafan setinggi ini,” katanya ketika ditemui MYBERITA di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada Rabu.

Tambahnya, beliau berkongsi bahawa perjalanan kariernya tidak bermula dengan sukan boling padang, sebaliknya pernah menceburi sukan kayak namun beralih arah selepas tidak mendapat sokongan keluarga atas faktor keselamatan.

“Dulu saya nak ambil kayak, tapi keluarga tak bagi sebab mereka anggap ia bahaya. Jadi saya pilih sukan lain iaitu boling padang dan alhamdulillah, sampai hari ini saya dapat teruskan dan jadi juara dunia,” ujar juara dunia boling padang itu yang pernah menjulang gelaran tersebut di Guernsey, United Kingdom.

Berkongsi tentang perancangan tahun ini, Farah menetapkan sasaran tinggi untuk menghadapi Piala Dunia Boling Padang 2025 yang dijadual berlangsung pada bulan November, selain menyertai Sukan Berkanun mewakili tempat kerjanya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun, kejayaan beliau bukan datang sekelip mata. Menurutnya, perjalanan selama 11 tahun dalam arena sukan dipenuhi dengan cabaran, termasuklah kurangnya sokongan moral daripada keluarga.

“Mereka tak larang saya pergi, tapi mereka pun tak tanya sangat tentang sukan saya. Sepanjang 24 tahun ni, saya banyak buat semuanya sendiri. Lepas menang di UK baru mereka senyum dengan saya. Tapi saya tak pernah jadikan itu sebagai halangan,” katanya.

Mengulas mengenai kehidupannya secara peribadi, Farah turut berkongsi bahawa beliau merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan, namun menegaskan bahawa perkahwinan bukan penghalang untuk terus aktif dalam dunia sukan.

BACA JUGA:  Tular individu rebus daging khinzir dalam cerek hotel, Mekyun luah rasa jijik

“Saya ada target saya. Jodoh tu takkan mengganggu sukan saya. Saya tahu apa yang saya nak dan saya akan terus kejar cita-cita saya dalam sukan ni,” katanya yakin.

Sebagai pesanan kepada atlet muda, beliau menegaskan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah dan hanya melalui latihan konsisten dan keazaman yang kuat, kejayaan itu mampu diraih.

“Teruskan usaha. Jangan mudah putus asa. Saya sendiri ambil masa 11 tahun untuk capai impian saya. Tiada jalan pintas,” pesan Farah mengakhiri perbualan.

Farah kini dilihat sebagai wajah baharu sukan boling padang negara, bukan sahaja sebagai ikon pencapaian tetapi juga sebagai sumber inspirasi buat generasi baharu atlet Malaysia.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...