Johari minta DBKL tangguh projek jalan, pertahan nasib penjaja Desa Pandan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan projek pembesaran jalan di Desa Pandan bagi membela nasib penjaja kecil yang terjejas.

Menurut Johari, sebanyak sembilan gerai yang telah beroperasi lebih 10 tahun di kawasan itu bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran jalan. Namun, beliau mempersoalkan rasional tindakan DBKL kerana jalan tersebut hanyalah laluan dalaman (inner road) dan bukan laluan utama.

“Saya turun padang dan berbincang dengan penduduk serta penjaja. Ramai tidak bersetuju kerana ini bukan jalan utama, hanya laluan kecil yang tidak wajar dijadikan jalan besar.

“Tambahan pula, terdapat 60 gerai lain di hadapan kawasan itu yang tidak pula disentuh. Jadi apakah logiknya melebarkan jalan di sini?” katanya selepas bertemu peniaga dan penduduk di kawasan Blok E 16, Jalan 2/76, Desa Pandan, hari ini.

Johari turut kesal kerana mendakwa projek tersebut telah dimulakan sebelum sesi libat urus diadakan dengan pihak berkepentingan termasuk dirinya sebagai wakil rakyat kawasan.

“Mereka terus datang hantar 56 anggota untuk merobohkan gerai tanpa notis munasabah. Peniaga dihalau secara tiba-tiba, malah lesen mereka tidak diperbaharui tanpa penjelasan kukuh,” ujarnya.

Tambah beliau, laluan yang dirancang untuk dinaik taraf itu tidak sesuai dilalui kenderaan berat kerana struktur asas seperti longkang dan jambatan tidak dibina mengikut spesifikasi jalan utama.

“Saya ada bukti lori tersangkut sewaktu cuba melalui laluan ini. Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku. Kalau mahu pembangunan, pastikan ia memberi manfaat bersama,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan yang lebih adil perlu diambil supaya kesilapan seperti projek terbengkalai di Sungai Baru tidak berulang.

BACA JUGA:  Lelaki ditahan kes kelakuan tak senonoh semasa seminar SPM

Johari juga memaklumkan akan menghantar surat rasmi kepada DBKL dan bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, bagi memohon semakan semula pelaksanaan projek itu.

“Saya sokong pembangunan, tapi bukan sampai menindas rakyat. Kita perlukan penyelesaian menang-menang, bukan roboh kedai orang dan biarkan mereka hilang pendapatan,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, DBKL dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa kerja-kerja pengosongan dan perobohan di Desa Pandan dijalankan mengikut prosedur sedia ada sebagai sebahagian usaha menaik taraf kemudahan jalan dan aliran trafik di kawasan tersebut.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...