Penjawat awam antara ditahan \’pesta gay\’ di banglo mewah, kondom dan ubat HIV ditemui

KOTA BHARU – Polis Kelantan menyerbu sebuah pesta tertutup yang dipercayai dianjurkan komuniti gay di sebuah banglo mewah di Kemumin, Pengkalan Chepa, pertengahan Jun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam serta risikan oleh pasukan khas.

“Sewaktu intipan dilakukan, pesta berkenaan dipercayai dihadiri lebih 100 lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. Namun, jumlah mereka mula berkurangan selepas tengah malam,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Menurut beliau, ketika serbuan dijalankan, hanya sekitar 20 lelaki masih berada di premis berkenaan. Mereka belum terlibat dalam sebarang aktiviti persetubuhan, namun dipercayai sedang membuat persiapan ke arah itu.

Pemeriksaan lanjut polis menemukan ratusan kondom dan ubat berkaitan HIV di dalam banglo tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati mereka mengaku sebagai ahli komuniti gay dan mengatur majlis itu secara percuma. Promosi dibuat menerusi media sosial,” ujarnya.

Tambah Mohd. Yusoff, ada dalam kalangan mereka yang mengaku menawarkan khidmat seks sesama lelaki, malah ada juga yang merupakan penghidap HIV.

Lebih mengejutkan, katanya, terdapat juga penjawat awam antara yang ditahan dalam operasi tersebut.

Dalam pada itu, tiga individu didapati memiliki bahan lucah berunsur homoseksual dan kini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan lucah.

“Polis Kelantan memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi. Kita akan terus memantau kegiatan kumpulan ini bagi memastikan gejala tidak bermoral seperti ini tidak berleluasa,” tegasnya.

BACA JUGA:  Amaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri sehingga tengahari ini
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...