Tragedi UPSI: Bas dipandu dua kali ganda

PETALING JAYA – Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu didapati dipandu hampir dua kali ganda melebihi had laju yang dibenarkan.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Awal Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), berdasarkan analisis visual daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh daripada kenderaan awam di lokasi kejadian.

Menurut laporan tersebut, kelajuan purata bas semasa insiden direkodkan pada kadar 117.6 kilometer sejam (km/j), sedangkan had laju yang dibenarkan di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, hanyalah 60 km/j.

\”Kelajuan itu bukan sahaja melebihi had yang ditetapkan, malah turut mengatasi kelajuan kritikal yang boleh menyebabkan bas terbalik, iaitu antara 111.3 hingga 114.5 km/j,” jelas laporan tersebut.

Nahas yang menggemparkan negara itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu. Bas tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di laluan berbukit dan berselekoh, mengakibatkan 15 nyawa terkorban dalam kejadian tragis itu.

Susulan penemuan ini, Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk aspek teknikal dan kelayakan pemandu. Langkah-langkah penambahbaikan keselamatan dijangka diumumkan sebaik laporan penuh selesai.

Tragedi ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai kepatuhan had laju oleh pemandu kenderaan berat, khususnya yang membawa penumpang dalam perjalanan jarak jauh.

Pihak keluarga mangsa dan masyarakat awam kini menuntut agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.

BACA JUGA:  Kes rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dan isteri mohon gantung bicara, mahkamah tetapkan 9 April
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...