Nasib ibu bapa Zayn Rayyan diketahui esok

KUALA LUMPUR – Nasib pasangan ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang berdepan pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu, bakal ditentukan esok.

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr. Syahliza Warnoh dijadual membuat keputusan sama ada Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf akan dilepas atau dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan.

Keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah selesai mendengar keterangan daripada 28 orang saksi sepanjang 20 hari prosiding berlangsung.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sebelum ini memaklumkan bahawa pihak pendakwaan menutup kes selepas Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail selesai memberi keterangan dan pemeriksaan semula dilakukan.

Sepanjang perbicaraan, pasukan pendakwaan turut dibarisi TPR Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala pasangan tertuduh diwakili oleh barisan peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 30 tahun, sebagai penjaga kepada Zayn Rayyan, didakwa bersama-sama mengabaikan anak mereka yang berusia enam tahun ketika kejadian, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023, di sekitar Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan.

Perbicaraan yang bermula 4 Februari lalu menyaksikan pelbagai pendedahan termasuk keterangan dua kanak-kanak yang menjadi individu terakhir melihat Zayn Rayyan dalam keadaan masih hidup, serta testimoni pengasuh arwah.

Turut dikemukakan kepada mahkamah ialah rekod perbualan WhatsApp pasangan terbabit sebelum dan selepas kehilangan kanak-kanak autistik itu, yang antaranya berbunyi: “Stresnya sampai rasa nak bunuh orang je”, “Hang belasah je la sampai puas”, dan “Lantaklah nak hidup ke nak mati”.

BACA JUGA:  "Saya lakukan untuk anak-anak", perjuangan sebak bekas banduan raih sarjana

Terdahulu, pasangan tersebut pernah mengemukakan bantahan awal bagi membatalkan pertuduhan atas alasan tidak memperincikan kesalahan dilakukan. Namun pada 13 Mac lalu, pihak pendakwaan meminda pertuduhan dengan memperincikan lokasi kejadian.

Orang ramai kini menantikan keputusan penting yang bakal diumumkan mahkamah esok, yang dijangka memberi hala tuju baharu terhadap kes tragis yang menyentuh hati rakyat Malaysia ini.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...