Lelaki kelar bekas teman wanita didakwa hari ini

SHAH ALAM – Lelaki warga asing yang disyaki mengelar bekas teman wanitanya dalam satu kejadian di sebuah universiti swasta di Subang Jaya pada 14 Julai lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tindakan pendakwaan diambil selepas kertas siasatan lengkap dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kes sudah dirujuk kepada TPR pagi tadi dan arahan telah dikeluarkan untuk pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi prosiding pertuduhan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut wanita berusia 20 tahun cedera selepas dikelar oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di kawasan kampus sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Suspek yang berusia 21 tahun dan juga seorang warga asing, dipercayai telah mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam jenis pisau.

Kedua-dua mereka difahamkan merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi yang sama.

BACA JUGA:  Syukur ‘The Kampung Boy’ tamat pengajian di GiatMara, kini jadi 'pomen moto'
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...